BUDAK PENYIBUK ♘

DUA2022
PENGURUSAN DALAM ISLAM
TAJUK : PRINSIP ASAS PENGURUSAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH : WAHIDAH BINTI MAT SAID
SESI DISEMBER 2016
 
NAMA PELAJAR
NO MATRIK
NURNASHARINA BINTI AZLAN
02DLS16F1002
NUR ATIKAH BINTI KAMARUDDIN
02DLS16F1008
SITI NUR AISHAH BINTI MOHD SANUSI
02DLS16F1010
SHAHMINA KAMILAH BINTI MOHD SALEHODDIN
02DLS16F1122
KHAIRUNNISA BINTI RADIN
02DLS16F1123
MOHD AKIF DANIEL BIN FATAHAL ARIFI
02DLS16F1006


PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Puan Wahidah binti Mat Said kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami dan membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat handai yang memberi pertolongan untuk menyiapkan kerja folio ini.Mereka telah memberi kami pertolongan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja folio dan blogger ini.Terima kasih.

Definisi Pengurusan Islam


Di dalam pengurusan dalam Islam, terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya:

  • Ahmad Ibrahim Abu Sin 
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.


  • Profesor Syed Othman Alhabshi                                              
Pengurusan merupakan satu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia, dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

  • Muhammad A.Al-Buraey
Pengurusan merupakanpenyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.


Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam



  • ·         Melaksanakan syariah Islam iaitu Ibadat, Muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.

  • ·         Mencari keredhaan AllAH walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.

  • ·         Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah dengan adil dan tidak menjejaskan hubungan baik sesame insane

  • ·         Memastikan bahawa Islam itu berada tinggi darjatnya daripada hal-hal yang lain.



DEMOKRASI
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.
DELEGASI
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.
SYURA
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.

                                             RUJUKAN 
1.INTERNET 
  • rujukan (Klik)
  • rujukan (Klik)
  • rujukan(Klik)


       KESIMPULAN 



    Sekiranya seseorang pengurus islam berupaya untuk mengurus pekerjanya berpandukan prinsip-prinsip pengurusan dalam islam, maka pengurus tersebut pastinya akan dapat membawa dirinya, kepimpinannya ke arah jalan yang diredhai Allah SWT seterusnya mencapai kecemerlangan di dunia dan juga akhirat. Islam bukanlah satu ajaran yang utopia iatitu Sesuatu yang tidak mampu dicapai dan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya, ajaran islam merupakan ajaran wahyu yang mudah dan realistik untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa. Selain itu, islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai. Sesungguhnya sarjana pengurusan dan pentadbiran sehingga belum lagi dapat memberi satu definisi yang tunggal untuk pengurusan dan pentadbiran. Sebab itulah konsep pengurusan dan pentadbiran sentiasa bercampuk aduk antara satu sama laindan tiada garis pemisah yang jelas. Teori pengurusan dan pentadbiran telah bercambah seperti cendawan tumbuh. Namun demikian, teori yang dikemukakan dari perspektif etika lebih matang dan unggul.







“Dan ingat lah kamu wahai Muhammad ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri ( sambil ia bertanya dengan firmanNya) “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab”Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan)tentang hakikat tauhid ini.